Monday, October 15, 2012

CABARAN

dalam mengharungi kehidupan yang mendatang, pelbagai dugaan yang tiba.  bermacam hal yang terjadi, pelbagai isu yang timbul.  tahap kesabaran aku benar-benar diuji.  mengaku salah adalah satu jalan yang terbaik, tidak perlu memanjangkan hal yang sememangnya tidak penting padaku.  aku hidup hanya untuk diri sendiri. aku senang untuk diri sendiri, jua aku susah untuk diri sendiri.  aku benar-benar menjadi RAJA...raja yang mementingkan kehendak diri sendiri dari yang lain.  aku rimas, aku benci, aku jelak dengan apa yang ada disekelilingku.  tapi semua yang terjadi hanya disebabkan pilihanku sendiri.  aku terpaksa tanggung segala apa jua akibat atas kehendak yang ku sendiri pilih.

No comments: