sudah agak lama, aku tidak menulis tentang rasa hati n perasaan sendiri. ada yang kurang menggemari aku berbuat demikian. tapi setelah dikaji, diselidiki apa yang terlahir di blog ini n apa yang terpapar di status fb adalah sesuatu yang lahir dari hati n ia juga luahan yang ingin dikongsi dengan semua sahabat n sesiapa sahaja. namun setiap luahan yang aku paparkan, menjadi kebencian orang. adakah kerana penulisan ini mengganggu kehidupan orang lain. ternyata, setiap kali luahan di sini, 90% nya tidak menyebut mana2 pihak. kalau boleh tidak mahu mengaibkan sesiapa. tapi aku tetap manusia biasa, mana mungkin tidak melakukan kesilapan. aku akur, aku juga pernah melakukan kesilapan, tapi jangan dilupa jangan dinilai n dihukum manusia itu utk kesalahan yang pertama kali kerana ianya hanyalah kesilapan. segalanya boleh diperbetulkan, tegur di mana silapnya dan bukannya dijadikan bahan untuk diperkatakan dibelakangnya. masih kemas diingatan, kata2 teman dahulu..'life is circle'. memang begitulah kehidupan, percaya pada hukum karma dan ketentuanNYA. sebagai manusia, aku redha dan sentiasa bersyukur dengan setiap ujianNYA. pada teman2 yang terasa n merasakan apa yang aku tulis disini menyakitkan hati, usah dibaca n diambil peduli kerana mungkin ianya akan menyebabkan nurani anda dihinggapi virus PHD. terlalu bahaya..renung2kan dan selamat beramal.. ;D P.E.A.C.E ...\/.
No comments:
Post a Comment