Isu yang cuba dibangkitkan pada kala ini, sebenarnya sudah lama terpendam. Cuma ketiadaan masa utk meluahkannya sahaja. Tapi atas dasar apa ia tak dpt diluahkan? Adakah aku sibuk atau aku sengaja melengahkan segala masa yang ada.
Pada dasarnya aku cuma terlalu rindukan kehidupan yang dulu, kehidupan yang selama ini aku harapkan. Hidup dalam kedamaian dan keseronokkan sendiri. Aku nyata gembira dengan Suasana tempat belajar, suasana di tempat kerja, suasana di rumah kerana semuanya adalah sesuatu yang amat menyeronokkan. Tetapi pada kala ini, aku terpaksa korbankan keseronokan itu utk kebaikan masa depan. Benarkah??
Ssh utk aku kupas isu ini, dari manakah sebenarnya datang kegembiraan ini? Dari hati? Atau dari suasana? Atau dari persekitaran? Atau ianya lebih kepada diri sendiri…..jujur, aku tidak suka dengan apa yang aku lalui kala ini. Tetapi aku tiada pilihan lain, demi sesuap nasi aku gagahkan menempuh hari2 yang makim suram dan sepi. Pelik bunyinya, tampak aku gembira sehari-har I namun jauh disudut hati tiada siapa pernah peduli dengan apa yang aku sembunyi.
Kalau dulu, aku mampu ketawa dengan apa yang berlaku tapi kini aku akan lebih bersedih walau dengan hal yang sedikit pun. Aku dah tak sekuat dulu barangkali, aku lemah..lemah dengan segalanya. Sepuas daya aku mengubah agar inya tidak kelihatan ketara tapi mana mungkin dpt aku lindungi segalanya. Ahhh….kenapa begini keadaan nya?

No comments:
Post a Comment